05 November 2007

pekerjaan atau perbuatan???

semalam, ruud_away bagi aku tgk satu petikan mengenai sama ada berdosakah seseorg remaja menonton vcd lucah yg telah di"label"kan sbg perkara maksiat sepanjang masa ni. tp dlm petikan tu, ada sesuatu yg tak kena pd tempatnya. "Menonton filem lucah merupakan pekerjaan yang sia-sia malah berdosa lantaran melihat aib orang lain dengan sengaja. " sejak bilakah menonton vcd lucah menjadi sesuatu pekerjaan dlm masyarakat Malaysia yg telah mancapai kemerdekaan yg ke-50 pd tahun ini? Dlm borang2 rasmi Malaysia, pd ruangan "pekerjaan" mananya dtg pekerjaan penonton vcd lucah?? kalo pun ada, apakah gaji bulanan tuk org-org yg bekerja sbg penonton vcd lucah ni?? RM2000 sebulan tau RM3000 sebulan??? korg bleh tanya pd KEMENTERIAN PENDAPATAN DALAM NEGERI(KPDN) sama ada dlm registry kementerian ada tak jawatan tuk penonton vcd lucah.
kalo ada, aku tak kisah tuk menjadi salah satu drpd penonton-penonton vcd lucah yg leh menerima gaji bulanan sambil goyang kaki. senangkan? tonton vcd saje, takyah pikir susah2 ttg plant design ke, process dynamics ke, tau engineering econs. tak yah buat planning, tak yah pergi konference, tak yah berhimpit-himpit dgn org lain masa nak pengangkutan awam pergi kerja. hanya kena ada satu tv, biar dia sama ada lcd ke, plasma ke tau crt screen, dgn vcd player. kalo nak sound effect, pakai je sound system yg canggih2. kerja ni tak yah keluar dr rumah, tak yah bayar lebih tuk pangangkutan, mungkin je kena bayar tuk snek2 masa menonton. lebih menguntungkan dr pergi pejabat mematikan sel2 otak memikirkan meeting dgn design, lagipun kena pressure dr bos2 yg hanya tau ttg golf dgn cigar je.
biarlah bahasa anda tepat sebelum anda memberi nasihat kpd org lain. takkan nak bagi nasihat anda sbg bahan lawak je kan? berikutnya petikan yg aku dpt dr ruud_away.

"Soalan:
Saya selalu melakukan perkara-perkara maksiat seperti menonton vcd lucah dsb. Apakah perkara yang boleh saya lakukan untuk mengubah tabiat buruk saya itu?

Hamba berdosa, Banting

Jawapan:
Dorongan syahwat dan ingin mengetahui perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut biasanya sangat bergejolak bagi kaum remaja. Dorongan dan kecenderungan itu merupakan fitrah bagi seorang remaja yang normal. Di dalam Islam dengan jelas ditunjukkan cara remaja untuk mengatasi gejolak syahwat tersebut. Rasulullah SAW menganjurkan jika seseorang belum mampu berkahwin hendaklah berpuasa agar syahwat mereka dapat dikawal dengan baik.

Menonton filem lucah merupakan pekerjaan yang sia-sia malah berdosa lantaran melihat aib orang lain dengan sengaja. Kesan yang paling besar dalam melihat perbuatan yang tercela tersebut adalah melemahkan daya fikiran dan menumpulkan hati. Kesan untuk jangka panjang jika telah berumahtangga nanti dikhuatirkan mengurangkan rasa ghairah dan nikmat bersuami isteri kerana telah terbiasa melihat dan menyaksikan perkara yang melemahkan daya fikiran tersebut"